Pada asalnya saya bercadang untuk menjadikan halaman ini sebagai tutorial Visual Basic versi 6, tetapi oleh kerana pihak Microsooft tidak bercadang untuk meneruskan kesinambungan versi tersebut maka plan saya telah berubah kepada Visual Basic.NET.

Berita baiknya, anda semua tidak perlu risau kerana Microsoft telah mengeluarkan versi "Express" untuk Visual Basic.NET. Versi express adalah versi yang telah diturun tarafkan fungsi daripada versi versi Visual Studio 2008 dan ianya diberikan secara percuma!!!

Anda tentu tertanya-tanya mengapa ia diberikan secara percuma bukan? Jika anda browse halaman http://www.microsoft.com/express/download/, ada dinyatakan bahawa Microsoft Visual Basic 2008 Express Edition adalah untuk pengguna pertama kali serta pengguna kasual. Microsoft mensasarkan kepada pengaturcara generasi baru yang menghabiskan sebahagian masa di rumah, selain daripada tujuan asal untuk para pelajar serta peminat bahasa pengaturcaraan. Sila rujuk
http://en.wikipedia.org/wiki/Microsoft_Visual_Studio_Express.

Untuk muat turun Visual Basic 2008 Express anda boleh layari halaman:
http://www.microsoft.com/express/download/.

Saya memudahkan anda, saya cadangkan supaya anda klik url dibawah:
Visual Studio 2008 Express Edition - fail image DVD dalam bentuk .iso ~870MB
Visual Basic 2008 Express Edition - Installasi secara online ~2. 58MB

Post seterusnya saya akan tunjukkan bagaimana untuk burn fail image .iso ke dalam DVD.

Selamat muat turun!!! :)

Setiap suatu tugasan perlu dimulakan dengan syarat-syarat tertentu. Tak terkecuali juga jika anda berhasrat untuk memulakan pengaturcaraan Visual Basic. Syarat-syarat yang perlu ada sebelum memulakan pengaturcaan Visual Basic adalah seperti berikut:

1. IDE Integrated Development Environment) Visual Basic 6 @ NET.
2. MDAC (Microsft Data Access Component).
3. Aplikasi Microsoft Access serta Microsoft Excel (sekiranya perlu).
4. IDE open source Visual Basic 6 @ NET.

Untuk post yang akan datang, saya akan terangkan lebih lanjut bagaimana cara serta alamat rujukan untuk mendapatkan componen-componen di atas. Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mail jika anda memerlukan komponen-komponen tersebut dengan segera .

Rujukan lain.
Anda boleh merujuk maklumat lain di http://en.wikipedia.org/wiki/Visual_basic_6

Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates